4 Poin Penting Oleh Pemandu Kereta Sewa Di Guangzhou

Saya berkesempatan menemuramah pemandu kami sepanjang di Guangzhou. Orang China sememangnya terkenal dengan kerajinan mereka. Hasil perbualan dengan pemandu yang bernama Liu Ma ini, saya dapat ringkaskan 4 poin penting yang saya rasa bagus untuk dikongsikan.

1. Sifat Kebersamaan

Menurut Liu Ma, mereka sentiasa akan bersama dan lakukan apa sahaja untuk membantu ahli keluarga yang berada di dalam kesusahan. “Keluarga” bukan setakat setakat adik beradik, tetapi kawan-kawan rapat yang tiada talian darah juga di panggil “abang”, “kakak” atau “adik”.

Mereka mewujudkan “Dana Keluarga” untuk kegunaan bersama seperti untuk menyambung pelajaran, sakit dan sebagainya.

Apabila mereka bercuti ke luar kawasan, mereka akan cepat rasa nak balik rumah. Walaupun sudah bekerja, kebanyakan orang China masih bergantung harap pada ibu bapa. Bila tiba musim Hari Raya Cina, mereka akan berhabis-habisan untuk belanjakan hasil titik peluh mereka.

2. Sifat Rajin

Tidak kisah samada bekerja atau berniaga, Orang China di Guangzhou memang terkenal dengan sifat rajin. Pada mereka, hanya sifat rajin sahaja yang dapat mengubah hidup. Keluar 6 pagi dan pulang 10.00 malam adalah perkara biasa.

3. Makanan dan Keluarga

Orang China mementingkan makan bersama keluarga. Pada mereka makan bersama adalah sesuatu yang ritual.

4. Tidak Mesra

Sepanjang saya di sini, saya perasan yang orang-orang di sini seolah-olah tidak ramah atau lebih mudah kita sebut “kerek”. Menurut Liu Ma, sebenarnya, mereka bukan kerek, tetapi kebanyakan mereka terlalu “serious” dengan kerja. Boleh terima ke alasan ini? 🙂

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *