Misteri Billboard Berhantu Di Lebuh Raya

“Saya pernah mengalami perkara yang sama ketika menggunakan lebuhraya tersebut, tetapi tidak mengendahkannya. Biasalah, kalau siang hari dekat dengan tol lain, malam dekat tol lain pulak.” – Ahmad Aziz Jaafar

“Malam semalam saya nampak billboard sebelum tol sg besi, tiba-tiba hari ni sudah di Bangi. Tiap kali saya pandang billboard tu, saya ralit hampir terlanggar divider” – Amirul

“Dalam Sebulan saya perasaan, dekat 3 – 4 kali tempat billboard tu berubah. Kaya betul, main tukar-tukar tempat untuk billboard. Bapak dia tokey billboard ker?” – Mokhtar Daud

Cerita dari Dharma, yang berani mengkaji kebenaran misteri ini.

Kisah ini bukan lagi kisah baru, apabila dah dekat 10 orang cerita benda yang sama. Biasalah, kita ni bukan selalu guna atau lalu jalan tersebut, jadi tak perasaan sangat.

Atas dasar nak tahu, saya ajak beberapa kawan, pergi ke tempat asal di mana billboard itu di war-warkan berada. Hari yang kami pergi, hari isnin. Alang-alang dah memang nak ke arah Bangi. Mesti nampak billboard tersebut. Alhamdulilah masih nampak. Memang dekat betul dengan tol Sungai Besi.

Kami balik guna jalan lain, jadi tak pasti pula disebelah malam. Biarlah, gosip liar orang rasanya. Selepas beberapa minggu, tarikh dekat dengan cuti panjang , nak Raya Aidilfitri. Rencana memang nak balik Muar. Kali ni, saya mulakan perjalanan malam. Tepat pukul 11.45 , saya mulakan perjalanan.

Semua barang-barang dah naik, kemas disusun dalam bonet kereta Myvi Pink. Saya nyalakan aircond dengan lafaz Bismillah, saya mulakan perjalanan. Biasalah, saya ni kepo, sibuk dengan nak tahu sendiri, gosip-gosip liar tentang billboard berhantu ni.

Ialah, biasa dengar cerita orang sahaja kan. Kali ini nak cuba waktu malam pula, sebab kemarin, lalu siang masih ade di tempat yang sama. Tepat, pukul 12.00 tengah syok-syok driving sambil layan zikir penenang hati, Hafiz Hamidun. Dekat dengan Tol Bangi, saya tertoleh lah sebelah kiri, sebab terganggu dengan bayang-bayang besar. Allah, rasa seram sejuk saya. Terkedu lidah, tak bercakap. Sampai boleh dengar la bunyi aircond kuat menghembus sejuk bulu-bulu roma ni. Sosok setengah badan besar, tak nampak rambut. Masa tu gelap. Tak perasaan sape. Jadi betullah kata-kata orang, bercerita. Sebab terlalu takut. Saya tekan pedal minyak, tekan habis, enjin mengaum kuat, walaupun cuma boleh laju 130km/h sebab barang banyak. Cukup lah, lepas ni tak nak sibuk-sibuk lagi tahu benda-benda macam ni. Issshh seram.

 

KISAH SEBENAR DI SEBALIK MISTERI INI

Setelah tidak tahan dengan macam-macam cerita, akhirnya saya mendapatkan penerangan dari pemilik billboard tersebut. Saya telah menghubungi Tuan Kamarul untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat seperti di bawah;

  • Billboard ini sebenarnya asyik berpindah-pindah. Kalau anda perasaan, billboard ini berpindah sebanyak 5 kali. Dipindah-pindahkan kerana ada beberapa isu.
  • Rekabentuk billboard memang sengaja dibuat agar nampak besar, padahal saiznya standard, dengan kepakaran rekabentuk grafik oleh Margin Worx, objektif utama JutawanProduk.com untuk curi perhatian pengguna lebuh raya tercapai.
  • Pemilihan lokasi yang strategik, telah membuatkan ramai perasan sebarang perubahan pada billboard ini.
  • Saya akhirnya berpuas hati dengan penerangan ini, kekusutan dan kekeliruan yang berlaku sebelum ini telah selesai.

Lihatlah sendiri billboard seperti di bawah;

Lokasi Pertama: Sungai Besi

billboard-jutawan-produk-sungai-besi

 

Lokasi Kedua: Bangi

billboard-jutawan-produk

 

kamarul-jutawan-produk

Tuan Kamarul adalah penyedia perkhidmatan untuk OEM produk. Banyak produk-produk di bawah beliau yang sudah berada di dalam pasaran samada online ataupun offline. Beliau menyediakan perkhidmatan coaching PERCUMA untuk khidmat nasihat produk idaman anda. Jika berminat boleh klik iklan di bawah untuk temujanji. Jangan lupa beritahu beliau anda telah membaca artikel billboard misteri ini!

iklan-jutawan-produk

2 thoughts on “Misteri Billboard Berhantu Di Lebuh Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *