PEMILIK STESEN MINYAK INI BELAJAR BISNES ONLINE, LIHAT APA YANG BERLAKU

Hayati atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Sue adalah wanita hebat yang memiliki 2 stesen minyak di Johor Bharu. Namun beliau tidak pernah berada di dalam “comfort zone” walaupun bisnes yang sedia ada sudah stabil dan menguntungkan.

Bermula dengan menyertai program Obac Siri Ke-2, beliau mula menghidu potensi perniagaan Online. Beliau telah terpilih menjadi mentee Puan Azlina Hashin, pengasas Ailin Skincare Sdn Bhd.

Terbukti, Kak Sue adalah juara Obac dengan mendapat jualan sebanyak 360 ribu ringgit dalam masa 6 minggu. Program tersebut adalalah anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Universiti Malaya.

“Saya tertarik dengan pendekatan Puan Azlina Hashin dalam membimbing, dan yang utama, saya hendak belajar, jadi saya kosongkan ‘gelas’ saya untuk menyerap semua ilmu baru dari mentor saya” – Kak Sue

bisnes ailin prowhite

Gambar: Dari Kanan, Kak Sue bersama Puan Azlina Hashin membincangkan plan pemasaran untuk persediaan menghadapi Tahun 2017.

 

Apa Rahsia Kak Sue mampu jana jualan dengan begitu cepat?

Menurut Kak Sue, yang penting sekali nak mulakan sesuatu perlu ada mentor, supaya tidak buang masa buat benda-benda yang tidak memberi kesan. Yang kedua, perlu ada “vision” yang jelas.

ailin-prowhite-bisnes-online

“Visi saya mudah sahaja, saya ingin memberi manfaat kepada kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang ada keinginan untuk buat bisnes, I combine my mentor’s knowledge and my own experience to create my own team, We work as a team, that is why we can achieve higher than anyone else…” – Kak Sue

 

Di samping berbisnes, Kak Sue turut menjalankan Projek Prowhite Sinar Kasih, sebuah projek CSR bagi membantu Rumah Baitul Kasih di Kundang, Rawang, Selangor. Setiap pembelian Ailin Prowhite dari Kak Sue, RM5 akan disumbangkan untuk dana ini.

 

projek csr sinar kasih prowhite

“I love my mentor so much, I love the product, I love the business, that’s why I give my best..” -Kak Sue

 

 

Apakah perancangan Kak Sue seterusnya?

Kak Sue sedang melancarkan satu program terbaru, iaitu Aprentis Sue Suera Biz. Untuk program ini, kemuncaknya, hadiah Kereta Nissan Almeera menanti pemenang. Di dalam program ini, peserta akan diberi bimbingan oleh Kak Sue sendiri. Beliau akan menggunakan ilmu Perniagaan Konvensional dan Bisnes Online yang beliau sendiri praktiskan dan sudah terbukti. Untuk sertai beliau, hanya follow dan pm di Facebook Kak Sue : Sue Suera.

 

ailin-prowhite-kak-sue

Gambar: Kak Sue dan Puan Azlina Hashin bersama produk Ailin Prowhite yang diformulasikan untuk kesihatan kulit terutamanya masalah jeragat.

Semoga perkongsian dari Kak Sue ini memberi manfaat, beliau telah buktikan walaupun sudah berusia dan mempunyai bisnes yang stabil, beliau tetap komited untuk membangunkan ekonomi kawan-kawan terdekat dan sesiapa sahaja yang ingin mencuba untuk berbisnes. Hasil dan bukti sudah tersedia, hanya perlukan tindakan dan usaha sahaja.

 

 

ailin jeragat prowhite

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *