PENYEBAB Kenapa Wanita SUSAH HAMIL

Jom kita kenali 8 masalah susah hamil. Susah hamil tak bermakna tidak boleh hamil, tapi kita perlu tahu apa sebabnya..

1.MASALAH KEPUTIHAN

keputihan yang terhasil menyebabkan penyumbatan berlaku pada leher faraj. Sperma akan berhadapan kesukaran untuk menembusi leher faraj sekiranya terdapat keputihan yang banyak. Selain itu, kulat atau bakteria yang ada di sekitar faraj juga boleh mengganggu kualiti sperma yang memasuki faraj.

2.HAID TIDAK TERATUR

Jika seorang wanita mengalami kitaran haid yang tidak menentu, bermakna beliau akan menghadapi masalah kesuburan, iaitu sukar untuk hamil.

3.KEGEMUKAN (Obesiti)

Wanita yang mempunyai berat tidak ideal mengambil masa yang lama untuk hamil daripada wanita dalam lingkungan berat badan yang sihat dan apabila mereka hamil mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat komplikasi kehamilan seperti keguguran, diabetes dan kelahiran pra-matang.

4.MANDUL

Kemandulan bagi wanita boleh berpunca daripada ketidakseimbangan hormon. Ia hanya berlaku kepada segelintir wanita sahaja. Ada yang memang sejak dilahirkan sudah mandul atau ada yang pada asalnya tidak mandul dan menjadi mandul.

5.FIBROID

Sekiranya anda mempunyai masalah fibroid. Jangan risau, anda masih berpeluang untuk hamil. Punca fibroid adalah disebabkan terlebih hormon estrogen. Bagi anda yang menghadapi masalah fibroid. Anda perlu menjalankan pemeriksaan lanjut dengan mengeluarkan dahulu fibroid tersebut untuk membolehkan anda hamil.

6.BILANGAN SPERMA YANG KURANG

Beberapa sebab sperma berkurangan : *Gaya hidup tidak sihat- merokok, pemakanan tidak sihat, stress, pencemaran, pemakaian pakaian yang ketat dll

7.TIUB FALLOPIO TERSUMBAT

Tiub fallopio adalah laluan untuk membawa telur keluar dari ovari ke uterus. Jiak ia tersumbat telur tidak boleh keluar ke uterus. Antara sebab tiub fallopio tersubat adalah :

*Penyakit inflamasi pelvik (PID)

*Endometriosis

*Fibroid

*Mengandung luar rahim

8.TELUR YANG TIDAK SIHAT

Terdapat banyak faktor yang memberi kesan kepada kesihatan ovari dan telur, ia termasuk faktor persekitaran, hormon, stress, cara hidup dan penuaan.

 

iklan-probee

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *