Siakap Stim Limau Padu di KL

Baru-baru ini, admin berkesempatan mencuba Siakap Stim Limau Padu yang pernah diviralkan Vitdaily. Sekiranya anda tercari-cari kedai makan sedap di Kuala Lumpur, pastikan anda datang ke sini.

siakap padu

 

Jangan pelik atau hairan kenapa restoran ini begitu popular di sekitar Lembah Klang, Damansara , Cheras , Ampang malah ada yang sanggup datang dari Larkin, Johor semata mata ingin mencuba siakap padu di Restoran Mak Engku di terletak di Cheras ini.

mak engku siakap padu

Lihat sahaja nama headline ‘SIAKAP PADU” sudah tentu anda teringin nak tahu apa yang padu? Apa tu siakap stim limau?

Siakap stim limau , gabungan masakan oleh tukang masak yang di import dari Thailand pasti akan memberikan anda kelainan dalam mencuba atau merasa ikan siakap stim limau ini. Rasa masam manis pedas cukup terasa di tekak sesiapa sahaja.

Malah, ada yang cakap, makan di Restoran Mak Engku sama seperti makan di Thailand!

“Hirup kuah siakap stim limau” adalah perkara biasa di restoran ini. Seolah olah, kuahnya sangat berharga untuk dibazirkan. Admin sendiri menghirup sampai ke titisan terakhir!

siakap tiga rasa

Jangan terliur , ada benda lebih menarik akan saya ceritakan lagi. Selain siakap stim limau , anda juga boleh mencuba masakan lain. Masakan istimewa yang kedua ialah SIAKAP MASAK 3 RASA. Rasa garing pedas masam manis sungguh memikat selera, anda pasti tidak jemu untuk menjamu selera di sini.

restoran mak engku
Restoran Mak Engku juga menyediakan makanan lain seperti western grill , somtam padu , pulut manga meletop dan lain lain makanan lagi. Jangan risau sekiranya anda membawa sahabat-sahabat atau keluarga bersama, pilihan menu yang pelbagai pasti akan menambat hati semua.

Pemilik Mohd Azreen Yahaya memberitahu, datanglah ke Restorennya, lokasi yang mudah di cari, ruang yang besar, dan mudah untuk parkir.

restoran mak engku siakap

 

Sekarang di Restoran Mak Engku sedang mempromosikan PAKEJ SET SUPER SAVER. Murah tapi sangat sedap…

PAKEJ SUPER SAVER RM39.90
– 1 EKOR SIAKAP STIM LIMAU
– TOMYAM CAMPUR ASLI THAI
– KAILAN IKAN MASIN
– DAGING MASAK MERAH
– NASI PUTIH 2
*PERCUMA AIR SIRAP SELASIH 2

siakap sirap

 

Sekiranya anda ingin mencuba, berikut ialah maklumat lengkap Restoran Mak Engku;

ALAMAT : RESTORAN EMAK ENGKU
NO 15 JALAN INDAH 26 TAMAN CHERAS INDAH 56100
CHERAS KUALA LUMPUR

NO PHONE : 0172254215 (EN.AZREEN)
FB PAGERESTORAN EMAK ENGKU & WESTERN SPECIAL
INSTAGRAM: RESTORAN EMAK ENGKU

 

ailin jeragat prowhite

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *